Apa itu kebahagiaan?


Related image

Assalamualaikum,

Semalam sempat aku dan suami bersarapan sebelum ke tempat kerja.Tengah bersarapan tu kami bincangkan tentang apa itu kebahagiaan? Pelikkan tiba-tiba muncul tajuk ni pulak. Kami cuba untuk berbincang tentang hati dan perasaan masing-masing sekerap mungkin. Al maklumlah ,sudah 6 tahun kami berjauhan dan cuba sedaya yang boleh untuk berbincang, berkompromi. Kebahagiaan merupakan salah satu faktor yang penting dalam hidup kita. Selalu orang akan kata jika kita membahagiakan orang lain nescaya kita juga akan merasa bahagia. Memang betul tapi ianya untuk seketika sahaja. Lepas tu akan jadi BEBANAN.....

Kalau kita x bahagia,mampukah kita untuk memberi kebahagiaan kepada orang lain. Sedang kita asyik membahagiakan orang lain, orang yang kita nak bahagiakan tu mungkin akan sedar diri kita sedang bahagia atau tidak.Ibarat kalau kita x perbaiki diri dulu, mana mungkin kita boleh merubah seseorang jika kita sendiri x berubah.

Suami tanya, awak bahagia x? Aku jawab "BAHAGIA" tu satu perkataan yang berat dan serabut. Suami kata try to make it simple. Aku jawab,but how? Maksud awak? Boleh aku nampak dia macam kebingungan. Aku explain, aku bagi contoh Yelah,kadang-kadang bila seseorang bercakap dengan awak tapi statement dia sebenarnya menyakitkan hati, tapi u need to smile because dia makcik awak..mesti makcik saya tu ingat saya boleh terima apa yang dia cakapkan walhal dalam hati tengah panas ni,...Semua ni umpama "CAMOUFLAGE"...Sometimes perlu berpura-pura...Patutnya saya terus-terang,tentang perasaan saya tapi sebab takut mengeruhkan keadaan,u need to back off to keep the relationship tu ok..So in terms of that, siapa yang bahagia? saya ke makcik saya?

Suami senyum...Suami kata tu bagi pihak makcik awak, dia dapat KEBAHAGIAAN tapi pada awak tu namanya PENGORBANAN... See how positive my husband ni. Memang mamat ni "HAPPINESS"  aku...😍😍💘

Comments

Popular Posts